Wednesday 2 May 2012

PENERANGAN MENGENAI PROGRAM LESTARI


Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar adalah program kerjasama di antara Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia serta Institusi Alam Se kitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dilancarkan pada 27 Januari 2005. Terdapat empat (4) komponen utama yang ditekankan dalam program ini iaitu pengurusan, penghijauan, kokurikulum dan kurikulum. Secara dasarnya program ini merupakan payung kepada semua aktiviti -aktiviti berasaskan alam sekitar di sekolah
seperti Projek Riadah Alam Sekitar (PRIAS), Projek Wira Alam, Program Eco -Youth,
Program RE & EE (Renewable Energy & Energy Efficiency), Program Keceriaan Taman,
Program 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan), Program KitS (Kitar Semula), Kem
Kesedaran Alam Sekitar dan aktiviti -aktiviti alam sekitar yang lain. Program ini bertujuan
untuk membantu sekolah memperkukuhkan program -program pendidikan alam sekitar
yang sedia ada. Program ini juga berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang melibatkan
semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak
swasta dan badan bukan kerajaan.
Projek Sedaka Lestari merupakan satu Anugerah Alam Sekitar yang membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.
Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar. Pihak sekolah sentiasa berusaha untuk mewujudkan suasana alam sekitar sekolah yang hijau dan ceria demi melahirkan murid-murid yang berilmu pengetahuan dalam memelihara dan memulihara alam sekitar serta berpontensi untuk mengurus sumber alam dengan berkesan dan efektif. Diharapkan semua warga sekolah bekerjasama bagi menjayakan program ini dan terus menjadi rakan alam sekitar.

 Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.
                                        
Definisi Pendidikan Alam Sekitar ialah :

Pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar “

2.0              VISI SEKOLAH LESTARI
SMKDK sentiasa Lestari

3.0              MISI SEKOLAH LESTARI
1.      Merangsang pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar.
2.      Melahirkan warga SMKDK mesra alam sekitar.
3.      Meningkatkan tahap keceriaan sekolah berpandukan konsep lestari 5R
(rethink, repair, reduce, reuse, recycle)

4.0              OBJEKTIF SEKOLAH LESTARI
1.      Memupuk nilai murni alam sekitar di kalangan warga SMKDK.
2.      Mewujudkan kerjasama antara guru dengan komuniti luar.
3.      Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

5.0              KOMPONEN PENGURUSAN
Pengetua memainkan peranan penting sebagai penggerak utama dalam pembentukan dan pengurusan ke arah Sekolah Lestari. Ini melibatkan perancangan, pembentukan strategi, pelaksanaan pelan tindakan, pemantauan, penilaian dan penyemakan semula. Kerjasama sekolah dengan pelbagai pihak seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masyarakat setempat adalah perlu untuk menjayakan aktiviti Sekolah Lestari. Aktiviti ini dilaksanakan di seluruh kawasan sekolah seperti pejabat, bilik guru, makmal, bengkel, kantin, tandas, tempat membuat baja kompos.  Amalan 5R (rethink, repair, reduce, reuse, and recycle iaitu fikir semula, baik pulih, kurangkan, guna semula, dan kitar semula) diutamakan dalam konteks ini.

6.0              KOMPONEN KURIKULUM
Kuriukulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) menekankan penerapan
pendidikan alam sekitar merentas kurikulum. Unsur tentang alam sekitar dan
nilai murni alam sekitar diterapkan dengan pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran dalam semua mata pelajaran di sekolah. 

CIRI-CIRI KURIKULUM: 
·        Menerapkan nilai-nilai pendidikan alam sekitar dalam P&P.
·        Melaksanakan Modul rancangan P&P alam sekitar merentas kurikulum
·      Menganjurkan program /  aktiviti / taklimat di perhimpunan pagi untuk mendedahkan pendidikan alam sekitar kepada pelajar dan guru.

7.0              KOMPONEN KOKURIKULUM
Kokurikulum sekolah melibatkan tiga komponen berikut : 
  • Unit Beruniform
  • Kelab dan Persatuan    
  • Sukan dan Permainan
Komitmen dan kreativiti warga sekolah dalam aktiviti kokurikulum diperlukan untuk meningkatkan amalan hidup lestari.

CIRI-CIRI KOKURIKULUM
 Melaksanakan aktiviti pendidikan alam sekitar dalam peracangan tahunan
unit beruniform/kelab dan persatuan /kelab dan permainan.
Menganjurkan kempen kesedaran alam sekitar.
Menganjurkan tema alam sekitar dan kitar semula semasa sukan tahunan.
Mengadakan program kitar semula.

KOMPONEN PENGHIJAUAN 
Penghijauan menekankan inisiatif untuk meningkatkan mutu persekitaran dan menjadi
pelengkap kepada program keceriaan sekolah yang sedang dilaksanakan.
Penghijauan tidak terhad kepada aktiviti menanam pokok sahaja tetapi juga
merangkumi amalan penjimatan elektrik dan air, pengurusan sampah, penggunaan dan
pengitaran semula sesuatu sumber dengan bijaksana dan penghasilan sendiri baja
kompos dan baja organik.

CIRI-CIRI PENGHIJAUAN:
·  Program sekolah dalam taman/lanskap
·  Program taman dalam kelas
·  Program penanaman menggunakan baja organik
·  Program Satu Pelajar Satu Pokok
· Program penanaman, pemeliharaan dan pemuliharaan pokok-pokok dari spesis yang sesuai.
· Penandaan (labeling) nama saintifik dan nama tempatan pada pokok pokok.
·  Projek membuat baja kompos, baja organik, baja buah
·  Penubuhan stesen pembelajaran
·  Penyelenggaraan kawasan padang.

TEMPAT 
Semua tempat dalam kawasan sekolah. Di dalam dan di luar bangunan.

10.0                 TARIKH
Sepanjang tahun mulai 01 Julai 2011 sehingga 2015.

11.0                 PENGLIBATAN
Semua warga SMK Dato’ Kamaruddin, 34500 Batu Kurau, Perak termasuk staf  sokongan, pembantu makmal dan pekerja swasta